Dunia Ini Umpama Lautan Yang Luas. Kita Adalah Kapal Yang Belayar Di Lautan. Telah Banyak kapal Karam Di Dalamnya. Andai Muatan Kita Adalah Iman Dan Lautannya Adalah Taqwa, Nescaya Kita Akan Selamat Dari Tersesat Di Lautan Hidup Ini...
Isnin, 26 September 2011
Selasa, 26 April 2011
MENTAKSIR BACAAN
DEFINISI & KONSEP
•Membaca
–Satu cara untuk mendapatkan informasi dari sesuatu yang ditulis.
–Melibatkan pengenalan simbol yang menyusun sebuah bahasa
–Membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis
(Harris & Sipay,1980)
–Bacaan adalah keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya.
(Kenedy, 1981)
–Membaca adalah pelakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan.
(Morohaini Yusoff, 1989)
KAEDAH-KAEDAH MEMBACA
•Kaedah Fonik
–Kaedah mengajar membaca yang menekankan bunyi huruf
•Kaedah Abjad
–Kaedah mengajar membaca yang menekankan hafalan huruf
–Murid diajar menghafal nama huruf, vokal, konsonan, suku kata, mengeja perkataan dan latihan membaca ayat-ayat pendek
•Kaedah Pandang dan Sebut :
–Kaedah seluruh perkataan (whole language)
1) Dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata
2) Perkataan dicerakinkan
3) Proses yang sama diulang
–Aktiviti utama: memandang & menyebut
KEMAHIRAN MEMECAHKAN KOD
> Boleh membaca dengan cepat, tidak teragak-agak, boleh membaca dengan serta-merta & tidak memerlukan masa yang panjang untuk membaca.
> Boleh membaca bersendirian tanpa bergantung kepada bantuan orang lain seperti guru dan sebagainya.
> Melibatkan bacaan mekanis iaitu membunyikan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang dengan intonasi, nada dan gaya membaca yang betul.
> Bacaan mekanis biasanya dilaksanakan di tahap satu atau di peringkat kelas permulaan.
> Ia merupakan salah satu cara untuk melatih murid membunyikan perkataan, menyebut, nada & intonasi suara dengan sempurna.
KEFAHAMAN
> Dalam aktiviti membaca, murid boleh memahami. Dalam erti kata lain, murid dapat menangkap dengan pantas makna tentang sesuatu perkara yang dibacanya itu.
> Murid-murid juga dapat memberikan pendapat sendiri & boleh menggunakan perkataannya sendiri dalam menghurai apa yang dibacanya itu.
> Melibatkan bacaan senyap atau mentalis, iaitu bacaan yang disuarakan di dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara.
> Bacaan ini lazimnya lebih pantas daripada bacaan mekanis kerana tidak memerlukan nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya.
Isnin, 24 Januari 2011
Mari Mengenali Kanak-kanak Berkeperluan Khas.. (^_^)
Autisme (Autism Spectrum Disorders)
Definisi :
- a neurobehavioral syndrome marked by qualitative impairments of social interaction & communication, and by restricted, repetitive & stereotyped patterns of behavior.(Heward,2009)
- a developmental disability affecting verbal & nonverbal communication & social interaction, generally evident before age three, that adversely affects a child's educational performance. (IDEA,1990)
Ciri-ciri :
- Menurut Kanner(1943/1985), kanak-kanak autisme dilihat sebagai :
> Memiliki fizikal yang normal
> Sangat suka bersendirian sehingga ia dilihat memencilkan diri daripada dunia luar
> Tidak suka dipegang atau didukung oleh ibubapanya
> Mengalami masalah pertuturan yang agak ketara seperti ekolalia & mendiamkan diri (mutism)
> Dalam sesetengah kes, mereka memiliki memori hafalan yang sangat bagus
> Mengutamakan makanan yang khusus pada awalnya
> Cenderung kepada pengulangan(repetition) & kesamaan(sameness)
> Berkelakuan pelik & berulang seperti berayun ke depan & ke belakang
> Memiliki imaginasi yang sempit atau kurang berimaginasi, melakukan beberapa kelakuan spontan seperti bermain secara biasa (typical play)
Langgan:
Catatan (Atom)