Sabtu, 13 November 2010

TeOri-TeOri PemBelaJaran

  1. TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
  • Terbahagi kepada dua, iaitu :
    • Teori Pelaziman Klasik
      • Satu bentuk pembelajaran perkaitan yg melibatkan rangsangan neutral yg berkait dgn rangsangan semulajadi dan menghasilkan gerak balas yang serupa
      • Prinsipnya : t/laku manusia boleh diajar dan dipelajari
    • Teori Pelaziman Operan
      • Dikenali sebagai Pelaziman Instrumental
      • Satu bentuk pembelajaran yg melibatkan kesan akibat t/laku menjadi kemungkinan kpd t/laku seterusnya diulangi, diteruskan atau dihentikan
  • Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov
    • Pembelajaran dalam pelaziman klasik berlaku apabila individu dapat menghubungkaitkan 2 rangsangan iaitu rangsangan dgn rangsangan semulajadi atau berlaku juga jika individu berjaya menghubungkaitkan antara rangsangan terlazim dengan rangsangan neutral yang lain.
    • Pembelajaran dlm bentuk pelaziman klasik melibatkan pengalaman positif dan pengalaman negatif.
    • Jika ssorg individu dibiasakan dgn rangsangan yg menyeronokkan, dia akan menghubungkaitkan pengalaman itu dgn keselesaan di dalam bilik darjah.
  • Teori Pelaziman Klasik J.B. Watson
    • Behaviorisme melihat t/laku sebagai sst yg dapat dijelaskan melalui pengalaman yg diperhatikan.
    • Kanak-kanak memiliki 3 tindak balas emosi yang asas iaitu takut, marah dan sayang
    • persekitaran psikososial bilik darjah memainkan peranan yg oenting dlm mempengaruhi emosi murid.
  • Teori Pelaziman Operan E.L. Thorndike
    • Hubungan atau connection antara rangsangan dgn gerak balas akan menjadi kukuh jika kesan t/laku menyeronokkan @ memuaskan.
    • 3 prinsip / hukum pembelajaran :
      • Hukum Kesediaan
        • bertujuan utk memungkinkan tindakan atau gerak balas berlaku
      • Hukum Latihan 
        • manusia belajar melalui proses membuat & lupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari tidak dipraktikkan lagi
      • Hukum Kesan
        • t/laku yg diikuti hasil /kesan yg positif akan menjadi lebih kukuh
        • t/laku yg diikuti dgn kesan yg negatif akan menjadi lemah
  • Teori Pelaziman Operan B.F. Skinner 
    • Menekankan hasil kesan-akibat membawa kpd t/laku baharu, diteruskan @ diulangi & sebaliknya.
    • kesan-akibat boleh berlaku dlm bentuk ganjaran / hukuman.
    • Peneguhan = mengukuhkan lagi t/laku yg memungkinkan t/laku diulangi / diteruskan.
      • Peneguhan positif  = peneguhan yg diberikan menjadi rangsangan kpd t/laku seterusnya.
      • Peneguhan negatif = peneguhan yg diberikan memungkinkan t/laku diteruskan apabila rangsangan yg tidak selesa disingkirkan.
    • Hukuman = peristiwa yg mengurangkan kemungkinan t/laku diulangi.
      • Hukuman beri = mengurangkan kemungkinan t/laku diulangi hasil daripada rangsangan yg diberikan.
      • Hukuman tarik = mengurangkan kemungkinan t/laku diulangi hasil daripada rangsangan yg selesa ditarik balik
(Sumber : Siri Pendidikan Guru : Murid dan Alam Belajar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan